Monday

PENDAHULUAN

1. Sepatah kata
2. Pengenalan umum kepada pelbagai baka kambing
3. Istilah-istilah (Inggeris) Dalam Dunia Perkambingan




1. Sepatah kata

Blog ini dicipta dengan tujuan untuk memberi pelbagai maklumat dan panduan asas mengenai penternakan kambing kepada pengunjung yang ingin mengetahui sedikit sebanyak mengenai latarbelakang bidang penternakan ini. Ia juga memberi panduan mengenai langkah-langkah permulaan yang perlu diambil bagi mereka yang ingin menceburkan diri dalam bidang ini. Kami cuba memberi fokus kepada penternakan baka kambing yang lebih relevan dengan konsep penternakan komersil di negara Malaysia pada masa kini, terutamanya baka Boer dan Jamnapari.

Insya'Allah kami akan cuba untuk sentiasa mengemaskinikan blog ini serta mengisi dengan pelbagai maklumat bagi memberi panduan kepada penternak atau bakal penternak.

So, 'stay tuned'...






2. Pengenalan umum kepada pelbagai baka kambing

Terdapat pelbagai baka utama kambing di seluruh dunia, di antaranya:

1. KAMBING KATJANG


(disebut kajang) iaitu kambing kampung yang dibela secara tradisional di negara kita. Berbadan rendah dan bersaiz kecil. Berat maksima purata bagi induk betina dewasa adalah sekitar 25kg.



2. KAMBING BOER

Pejantan boer fullblood dari Afrika Selatan

Pejantan red boer fullblood dari Afrika Selatan

Pejantan boer fullblood dari Afrika Selatan



Asal usul Kambing Boer pada dasarnya tidak begitu jelas, tetapi ramai penyelidik mempercayai ia mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika yang menjadi binatang ternak suku Namaqua Hottentots dan suku asli yang berhijrah dipanggil ‘Souhtern Bantu’.

Di percayai juga terdapat pengaruh kambing dari India, Angora dan Eropah. Kelahiran kambing polled (tidak bertanduk) dipercayai mempunyai pengaruh baka kambing susu dari Eropah. Boer bermaksud ‘farm’ atau ‘ladang’ dalam bahasa Belanda. Boer yang kelihatan hari ini telah ujud semenjak awal 1900an apabila beberapa ladang di Wilayah Timur Cape, Afrika Selatan mula membuat pemilihan baka untuk tujuan pengeluaran daging kambing. Pada 1959 , pembiakan dan pemilihan Kambing Boer mula di kawalselia oleh Boer Goat Breeder’s Association (South Africa).

Berdasarkan Piawaian Baka oleh Boer Goat Breeder’s Association of South Africa, ciri-ciri Boer yang ideal adalah berbadan putih dan coklat/merah dikepala dan leher ( blaze). Kehadiran tompok coklat/merah dibahagian badan pada kadar minima adalah dibenarkan.

Boer adalah binatang yang kuat dan mantap, konformasi badan yang baik. Kaki nya pendek , tegap , berisi serta paha dan bahagian belakang yang tegap dan berotot. Ianya jelas menggambarkan ciri-ciri kambing daging yang baik.

Kambing Boer Jantan mencapai berat 110-135 ketika matang manakala kambing betina 90-100 kg. Daging Boer terkenal tentang keenakannya. Buat masa ini ia mendapat pasaran yang begitu tinggi di Amerika Syarikat terutama untuk kacukan Boer yang mempunyai 75% atau lebih darah Boer.


Boer induk

Induk boer menyusukan anak-anak

Ringkasan Ciri-ciri Boer

* Mempunyai gene pool dari pelbagai baka terutama kambing asli Afrika

* Diternak suku Namaqua Hottentots dan suku Southern Bantu

* Terdapat pengaruh kambing India, Angora dan Eropah

* Berbadan Putih & Coklat/ Merah dari kepala ke leher

* Konformasi badan yang baik, tegap dan mantap. Kaki pendek, tegap, berisi serta bahagian paha dan belakang yang tegap dan berotot.



Nota: Ciri-ciri Boer Standard boleh diperolehi dari : http://www.embryoplus.com/other_boergoat_standards.html



3. KAMBING JAMNAPARI

Pejantan Jamnapari PE



Pejantan Jamnapari


• Berasal dari India

• Jamnapari bersaiz besar.

• Terdapat kepelbagaian warna bulu. Walaubagaimanapun warna putih dengan sedikit (patches) warna gelap di kepala dan leher merupakan warna yang biasa kelihatan.

• Hidungnya amat cembung dengan sekelompok bulu diatasnya.

• Mulut nya berbentuk ‘parrotmouth’ .

• Telinganya amat panjang (26.79cm) , berlipat dan jatuh kebawah. Kedua-dua jantina mempunyai tanduk (8.69cm).

• Ekor pendek dan kurus. Bulu yang tebal dan panjang di bahagian paha dan pinggul.

• Jamnapari juga dipanggil kambing dwi-guna kerana pengeluaran susunya yang baik selain daging. Labu susunya berkembang baik seperti baka-baka susu dengan puting susu yang besar.



Induk jamnapari


Induk jamnapari
Sekawan Jamnapari dara

• PE atau Peranakan Ettawah merupakan istilah baka kambing yang merujuk kepada Jamnapari Kacukan yang digunakan di Indonesia.

• Walau bagaimanapun berdasarkan maklumat tahun 2000 , dianggarkan Indonesia mempunyai populasi kambing berjumlah 15,209,720 juta ekor keseluruhannya. 60% dari populasi tersebut terdapat di Pulau Jawa atau 8,783,890 ekor.

• Diluar Jawa, wilayah yang mempunyai populasi kambing yang tinggi adalah ; Sumatera Utara ( 924,780 ekor), Lampung (747,806 ekor), Aceh ( 681,823 ekor), Sulawesi Selatan (522,267 ekor), dan Sumatera Selatan (493,057 ekor).


PE banyak terdapat di Kaligesing, Purworejo (Jateng), Girimulyo, Kulonprogo dan Turi, Sleman (Yogyakarta). Kambing PE juga telah berkembang di Jawa Barat, Jawa Timur, Lampung, Bali dan Tegal, Jawa Tengah.


4. KAMBING SAANEN (Kambing Tenusu)

Pejantan Saanen


Sekawan induk Saanen

Induk Saanen


• Saanen berasal dari Lembah Saanen di Switzerland.

• Ia merupakan baka kambing tenusu yang popular.

• Kulitnya berwarna tan atau olive dan diliputi bulu putih atau krim yang halus & pendek (short fine white coat).

• Hidungnya lurus dan muka berbentuk segitiga. Telinganya sederhana dan tegak kesebelah dan kedepan.

• Tanduk didapati pada jantan dan betina.

• Terdapat kekacang (semacam anting-anting) dileher.

• Ekornya tipis dan pendek dan mempunyai kaki lurus dan kuat.

• Pengeluaran Susu: pengurusan yang baik di Malaysia boleh mencapai lebih 3 kg/hari (Purata 2 – hampir 5kg/hari) atau pun 500 kg – 1200 kg untuk tempoh laktasi 250 hari (purata 800 kg). Kandungan butterfat susu 3-4%.


5. KAMBING TOGGENBURG (Kambing Tenusu)


Induk Toggenberg


• Berasal dari Switzerland dan dipercayai baka kambing tenusu yang tertua diketahui.

• Ia dipercayai baka tenusu yang paling kecil (didalam kelasnya) tetapi padat. Namanya mengambil nama lembah Toggenburg di daerah Obertoggenburg, Switzerland.

• Warnanya dari coklat kekuningan (light fawn) ke coklat gelap. Terdapat jalur putih dari mata ke muzzle, hujung telinga, lutut ke kaki serta belakang/pinggul (rump) dan ekor.

• Ciri-ciri lain seperti berat lahir dan pengeluaran susu begitu menghampiri Saanen. Purata butterfat susu 3.7%.


6. KAMBING ANGLO-NUBIAN

Baka Anglo-Nubian bukan merupakan baka kambing tulen, sebaliknya ia merupakan hasil dari proses kacukan yang dijalankan secara bergenerasi di Eropah, di antara baka dari Asia (kemungkinan pejantan Jamnapari) dan baka kambing Eropah (kemungkinan induk Toggenburg).


Pejantan Anglo-Nubian tulen yang berangka besar

Induk Anglo-Nubian tulen yang berangka besar di samping merupakan pengeluar susu yang baik

Kambing Anglo-Nubian tulen sukar didapati di negara kita, tetapi baka kacukan yang terhasil di antara Anglo-Nubian dan kambing kampung (katjang) boleh didapati dengan mudah.

Induk kacukan kampung dan Anglo-Nubian yang terdapat dengan banyaknya di negara kita.



3. Istilah-istilah Inggeris Dalam Dunia Perkambingan

Buck: Male Goat


Sire : Pejantan

Dam : Induk Betina

Doe: Female Goat

Doeling: Young female goat

Buckling: Young male goat

Kid: Newborn Goats

Male offspring : Anak Jantan

Female offspring : Anak Betina

Wether: Castrated male goat

Capretto: Meat that comes from kids

Chevon: Meat that comes from adult goats

Colostrum: The first milk that any animal (including humans)

produce after they give birth. This milk helps to pass along the

mother’s immunity to disease to her offspring.

Polled: Breeds of goats naturally born without horns.

Ruminant: a hoofed animal that digests its food in two steps: first by eating the raw material and regurgitating a semi-digested form known as cud, then chewing the cud (a process called ruminating). Ruminants have four stomachs and include cows, goats, sheep, llamas, bison, buffalo, elk and deer.

Debudding: Removing the horns just as they are starting to grow. Most dairy goat farmers remove the horns at an early age for the sake of safety for both people and other animals.


Kembali ke Laman Utama

Followers